Powered By Blogger

Wednesday, March 25, 2009

IntRO: AKu....

Aku.

Manusia memang diciptakan oleh ALLAH sebagai suatu penciptaan yang sangat istimewa. Keistimewaan itu membolehkan manusia dilantik sebagai khalifah di bumi ini.

Bumi. Ia merupakan sebuah planet yang sangat unik di antara planet-planet lain yang diketahui wujud di dalam sistem suria ini. Ia dilengkapi dengan kehadiran molekul-molekul oksigen,hidrogen dan kombinasi-kombinasi partikel lain yang menjadikan bumi ini sesuai untuk sebarang kehidupan.

Akan tetapi, kehidupan merupakan sesuatu kitaran yang dimulakan dengan wujudnya kehidupan dan pengakhirannya dengan kematian. Dan proses ini terus berulang dan berulang sehinggalah Yang Maha Kuasa itu menentukan bilakah pula pengakhirannya bagi Bumi ini dan seluruh alam semesta. Wallahualam.

****************************************************
POKkk...Adeh. Kepala terhantuk pada meja tempat aku megulangkaji pelajaran, mengisi masa lapangku dengan melukis dan menghadap laptopku yang berjenam ACER ini. 'Aku tertidur rupanya', bisik hati kecilku. Aku bersandar di kerusi, terasa tegang urat dibelakang badanku ini.
Barangkali lama juga aku terlelap tadi. Aku lentokkan badanku yang kurus ini ke kanan dan ke kiri. Mengeliat sambil menjerit sekuat-sekuatnya. Dalam kesayupan hening pagi itu, aku terdengar suatu bisikan yang berjaya ditangkap dek deria pendengaranku ini.

"Bisingla. Pagi-pagi dah memekak." Aku terus mengalihkan kepala untuk meneliti bisikan tadi. Lembaga yang berselibung dihujung katil itu yang mungkin melampiaskan bisikan tadi. Aku mengagak. Tanpa mengendahkan lembaga itu, aku kembali merenung laptopku a.k.a komputer riba yang sedang memaparkan informasi berkaitan proses kitaran hidup. Selain itu, di'tab' yang lain juga memaparkan pelbagai informasi berkaitan dengan pengetahuan yang 60 peratus daripadanya belum pernah aku jumpa.

"Ha. Aku dah cakap, kau tak payah susah-susah nak pergi library tu. Baik kau beli satu notebook, ala bukan mahal pun sekarang ni. Harga mampu beli punya. Bila kau dah beli, kau boleh guna internet. 'Cucuk' je mana-mana hub. Tak payah nak pergi library tu dah."
Terngiang-ngiang di fikiranku. Seorang sahabat memberi cadangan. Habis duit simpanan aku digunakan untuk membelinya. Tetapi bila fikir-fikir balik, berguna juga benda ini. 'Tak kan nak pinjam laptop orang aje'.

Segala informasi tadi berkaitan dengan assignment yang diberi 2 minggu lepas. Aku lupa akan kewujudan assignment itu. Itupun nasib baik ada sahabat yang mengingatkan aku 3 hari yang lepas. Bertungkus-lumus aku cuba menyiapkan. Nasib sentiasa menyebelahi aku. Alhamdulillah. Sebelum terlelap tadi, aku berjaya menyiapkan tugasan aku untuk dihantar kepada ketua kumpulan untuk dicompilekan.

Fuhh...siap akhirnya kerja aku. Aku boleh tidur. Secara tidak sedar aku menjerit..

"YAAHHUUuuu!!!.....(kenapa mesti yahuu bukan google ke?hmmm)

SIUUUPPP....PAPP!! Adeh..Buku bertitle C Programming hinggap di kepala aku.

"Senyapla setannNN!!"

Aku terduduk di atas kerusi. Mulut kukatup rapat-rapat.Huhuhu....sakit daa....

Aku memang pembuat tugasan last minute. Awal macam mana pun, tunggu due date baru aku buat dengan bersungguh-sungguh. Tapi nasihat aku, janganlah jadi macam aku. Buat kerja last minute. Masak wooo....hanya kepada orang-orang yang bertauliah macam aku sahaja yang dibenarkan. Kepada sesiapa yang mula berjinak-jinak adalah dinasihatkan supaya janganlah memulakan tabiat ini. Kalau sudah terjebak amat susah untuk dielakkan lagi.

MORAL: rancanglah perjalanan anda..ehh...rancanglah masa anda...(dua-dua pun boleh pakai.)
Anda mampu mengubahnya....

1 comment:

  1. kalo bdk laki mmg cmtu ek..men katok2 pala.. ni anim xska ade org katok2 pala syg ni..

    thniah..berjaya mengepos blog yg xskema..

    ReplyDelete