Powered By Blogger

Tuesday, December 14, 2010

Alam persekolahan - Bab 1

Alam persekolahan aku bermula ketika umur aku berusia 5 tahun. Sebab kenapa persekolahan ku bermula begitu awal, aku pun tak pasti. Aku bermula di TABIKA. Apa itu TABIKA? TABIKA itu singkatan daripada Taman Bimbingan Kanak-kanak. TABIKA ini adalah dibawah kelolaan KEMAS atau nama penuhnya Jabatan Kemajuan Masyarakat. Selepas selesai peringkat TABIKA, aku dihantar untuk mengikuti sesi Pra-sekolah di salah sebuah sekolah kebangsaan yang terdapat di kawasan aku itu. Iyelah, waktu itu umur aku baru 6 tahun, belum cukup umur untuk aku masuk ke darjah 1. Jadi, aku pun menempuh lagi satu sesi dalam alam persekolahan ku itu. Secara ringkasnya, kedua-dua sesi itu aku hadapi dengan jayanya. Malah ia telah membakar semangat aku untuk memulakan alam persekolahan yang sebenar-benarnya.

Aku telah masuk ke darjah 1 di sebuah sekolah yang berdekatan dengan rumah aku. Pada awalnya aku dihantar oleh ibuku dengan motorsikal, bagaimanapun di kemudian harinya aku berbasikal ke sekolah. Ketika darjah 1, aku telah menjadi murid terbaik dengan setiap ujian dan peperiksaan aku berjaya memperoleh tempat pertama sama ada di dalam kelas atau pun keseluruhan. Boleh dikatakan aku telah menjadi murid contoh oleh para guru yang mengajar aku pada waktu itu. Alhamdulillah, semuanya berkat tunjuk ajar sewaktu aku di TABIKA dan pra sekolah dahulu. Juga kepada ibu dan bapaku yang sering menitikberatkan pembelajaranku. Bayangkanlah, aku sudah mula membaca,menulis,menghafal sifir sejak umurku 4 tahun lagi. Dan semua yang kulalui bukan mudah. Rotan, tali pinggang, batang penyapu dan macam-macam lagi acap singgah di badanku. Perit dan segalanya kupendamkan dalam hati.

Darjah 1 menjadi titik mula aku sebagai seorang murid yang sentiasa menjadi sebutan para guru di sekolah aku itu. Dan kemudiannya, aku terus melangkah ke alam persekolahanku berikutnya - darjah 2..........